Pages

Saturday, February 20, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA DUN PENANTI

Seluruh rakyat dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dun Penanti:

21 Februari 2010
Dewan Persatuan Tan Kongsi, Tanah Liat

Jam: 2.00- 5.00 pm

Hadirlah beramai-ramai

Saturday, February 13, 2010

Friday, February 12, 2010

Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN

PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) NEGERI PULAU PINANG

 

 

Selepas kritikan yang tidak berasas kepada Ketua Umum parti iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, kita memang menjangka Dato Seri Zahrain akan keluar dari parti. Justeru keputusan ini tidak sesekali mengejutkan kita walaupun kita kesal dengan kenyataan yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh Dato Seri Zahrain.

 

Sebenarnya cabang beliau sendiri telah menghantar surat untuk berjumpa dengan beliau tetapi beliau tidak berani bersemuka dengan anggota-anggota cabangnya sendiri. Ini bermakna beliau tidak mempunyai pengikut di cabang beliau sendiri. Malah cabangnya sendiri bercadang untuk membuat undi tidak percaya kepada beliau. Ini sekaligus membuktikan beliau tidak mempunyai pengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang malah di cabangnya juga.

 

Dato Seri Zahrain sekarang bebas untuk membuat kritikan kepada Pakatan Rakyat kerana beliau tidak lagi terikat dengan permuafakatan Pakatan Rakyat namun Dato Seri Zahrain mesti ingat bahawa ahli-ahli parti juga kini bebas membuat kritikan kepada beliau tanpa sebarang sekatan.

 

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN

12 FEBRUARI 2010


Sent from my iPhone

Thursday, February 11, 2010

CERAMAH PERDANA : TOLAK FITNAH, SELAMATKAN PULAU PINANG



CERAMAH PERDANA - TOLAK FITNAH, SELAMATKAN PULAU PINANG

Ceramah diatas akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 12 Febuari 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Tapak Pesta, Sg Nibong, Pulau Pinang
Penceramah :
YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri)
YB Mansor Othman (TKM 1)
YB Dato' Mahfuz Omar

Sila hadir beramai-ramai dan sebarkan maklumat ini kepada semua ahli-ahli serta penyokong PR.

Sunday, February 7, 2010

Penyampaian Sumbangan dan Hadiah Di Pinang Tunggal

Penyampaian sumbangan kepada warga rumah orang tua Happy Retirement Home di Pematang Durian.







Pertandingan akhir Piala TKM1 Pulau Pinang antara Mesra FC A dan Mesra FC B.



Johan Piala TKM1 Mesra FC A






Permain terbaik perlawanan




- Posted using BlogPress

Semarakkan Tuntutan Reformasi

Mari semarakkan api reformasi!!!

Hadir ke Mahkamah Jalan Duta,
Jam 9.00 Pagi
Isnin, 8 Feb 2010

Pastikan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak lagi Dipenjarakan!


- Posted using BlogPress

Saturday, February 6, 2010

Majlis Kenduri di Tamam Guar Perahu








Selepas selesai program Parti di Shah Alam. Setibanya di Penanti terus menghadiri Majlis Kenduri Kahwin di Taman Guar Perahu, anak En Sobri.

Tahniah pada En. Sobri kerana menerima menantu orang terengganu

Wednesday, February 3, 2010

5 Cara Terpantas Untuk Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim

5 Cara Terpantas Untuk Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. FaceBook Fan Page DSAI
http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?ref=search&sid=1050280454.1225754697..1

2. Twitter @AnwarIbrahim
http://twitter.com/anwaribrahim

3. TV Selangor
http://tvselangor.com/v2/

4. Sistem SMS Parti Keadilan Rakyat
How to subscribe?
Type: REG ADIL
sms to: 32300

5. Blog DSAI
http://anwaribrahimblog.com/

6. MediaRakyat
http://mediarakyat.net