Pages

Friday, April 30, 2010

Sumbangan Kepada Masyarakat India di Penanti




Sempena dengan meraikan tahun baru bagi kalender Masyarakat India, Y.B. Mansor bin Othman menyampaikan sumbangan kepada masyakarat India di Penanti.

Wednesday, April 28, 2010

KARNIVAL RAKYAT HARMONI

Kepada seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang,

Dijemput hadir beramai-ramai dalam program Karnival Rakyat Harmoni

Tarikh: 23 April - 2 Mei 2010

Masa: 10.00 pagi - 11.00 malam

Tempat: Kompleks Sukan MPSP, Bertam

Tentatif program:

23 APRIL 2010 (Jumaat) - Program Mutiara Infaq bersama Anak-anak Yatim (9.00 mlm)

- Perasmian Karnival Rakyat Harmoni oleh TKM 1 Pulau Pinang (10.00

mlm)

- Bersama bekas Vokalis Kum. Rock Melissa – Sdr. Radzi


24 APRIL 2010 (Sabtu - Program Semanis Rasa Bersama

-Dato’Ustazah Siti Nurbahyah & Ust Wan Akashah (9.45)


25 APRIL 2010 (Ahad) - Bersama composer Paklong ‘Selagi Ada Rindu’ (9.30 mlm)


26 APRIL 2010 (Isnin) - KENDURI RAKYAT (12.00 T/HARI – 3.00 PTG / selagi ada)

- Ceramah Perdana Oleh Ust. Roslan Che Ros (9.30 mlm)


27 APRIL 2010 (Selasa) - bersama Kum. Nasyid Rabbani (9.45 mlm)


28 APRIL 2010 (Rabu) - Penampilan istimewa Aishah (10.00 mlm)


29 APRIL 2010 (Khamis) - Konsert Rakyat Harmoni bersama Amy Search & Kum Rabbani (9.30

mlm)


30 APRIL 2010 (Jumaat) - Bersama Sdr.Akhil Hayy (9.45)



1 MEI 2010 (Sabtu) - Celoteh bersama D.J Makngah Satirah $ Skuad Kembara Uzai

-Bersama Kum.Nasyid Dzil Afnan



2 MEI 2010 (Ahad) - Cabutan Bertuah - sebuah kereta, motosikal dan barangan elektrik



JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Saturday, April 24, 2010

Laporan Berita Harian melampau – YDP Maipp

PULAU PINANG, 22 April: Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Ellias Zakaria menggangap laporan Berita Harian hari ini bertajuk 'Agong tolak Mansor' bersikap melampau untuk melagakan dirinya dengan Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mansor Othman dan pihak istana.

Beliau ketika dihubungi kesal dengan tajuk berkenaan seolah-olah beliau berselisih mengenai isu tersebut sedangkan dirinya dan Dr Mansor mempunyai hubungan yang akrab.

"Pagi tadi saya telah menelefon Dr Mansor menjelaskan keadaan sebenar supaya Dr Mansor tidak terkejut dengan tajuk berita itu. Saya langsung tidak menyentuh tentang cadangan kerajaan negeri mencadangkan Dr Mansor tetapi hanya bercakap Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dirinya sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) sehingga 31 Disember 2011, " terangnya.

Cerita itu sengaja direka untuk memecahkan perpaduan yang nyata kukuh walaupun jawatan YDP Maipp menjadi kontrovesi setelah Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan daripada Barisan Nasional (BN).

Akhirnya jawatan YDP Maipp telah diselesaikan dengan penuh harmoni apabila bekas YDP Maipp lalu, Shabudin Yahya meletakkan jawatan pada bulan Januari lalu.

Beliau berharap semua berita yang disiarkan menepati kehendak lojik atau apa yang disebut bukan berlandaskan motif tertentu untuk melagakan seseorang.

"Buatlah berita yang benar jangan mencipta apa yang tidak disebut, mudah-mudahan tidak menimbulkan kontroversi yang baru, " jelasnya.

Sumber : harakahdaily

Program Y.B. Mansor di DUN Penanti



Y.B. Mansor bersama penduduk berdialog mengenai jalan di Kampung Kuala Mengkuang.



Y.B. Mansor meziarahi salah seorang penduduk Penanti yang sakit di Hospital.

Kilas Balik Porgram di Penanti

Berikut adalah antara gambar beberapa program yang telah diadakan di DUN Penanti. Sebahagianya telah diuploadkan dalam facebook Y.B. Mansor.





Y.B. Mansor Melapaskan Peserta Kayuhan Kelab ACT di Mengkuang Semarak sempena Kempen Jom Jaga Kesihatan.





Y.B. Mansor ketika menyampaikan sumbangan cermin mata kepada para pelajar Sek. Jenis Kebangsaan Tamil di Yayasan Aman, Penanti.

PAS minta polis siasat berita ‘Agong tolak Mansor’

KEPALA BATAS, 22 April: PAS Pulau Pinang mendesak pihak polis menyiasat segera usaha melagakan pelantikan Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) negeri antara Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Ellias Zakaria dan Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mansor Othman.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Rosidi Husein berkata, PAS sendiri akur dengan perlantikan Ustaz Ellias oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin walaupun pada dasarnya mengemukakan nama TKM 1 dalam mesyuarat PAS Negeri.

"Persoalanya sekarang tidak timbul langsung isu ini sebaliknya PAS akur dengan keputusan berkenaan. Tetapi kenapa akhbar Berita Harian semalam sengaja membesarkan tajuk 'Agong tolak Mansor' seolah ada tangan hitam untuk melagakan antara Ustaz Ellias dan Dr Mansor dan pihak istana," ujarnya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara (SPU).

Sepatutnya, kata beliau akhbar arus perdana menumpukan pemberitaan pembangunan negara bukannya asyik melagakan individu untuk kepentingan politik terutamanya menjelang pilihan raya kecil di Hulu Selangor pada 25 April ini.

“Mungkin itu merupakan usaha terbaru untuk merenggangkan hubungan antara TKM 1 dan YDP Maipp serta hubungan antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” ujarnya.

Sumber : harakahdaily

Friday, April 16, 2010

Perarakan Penamaan Calon PRK Hulu Selangor

Perarakan penamaan calon PRK Hulu Sgor esok 17April, 7pg berkumpul di stesyen bas pekan KKB(depan pasar awam). Masuk pekan melalui simpang Ampang Pecah.

TINDAKAN SUSULAN MENANGANI ISU MEROBOH GERAI-GERAI HARAM

KENYATAAN MEDIA

16 April 2010

TINDAKAN SUSULAN MENANGANI ISU MEROBOH GERAI-GERAI HARAM

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang berat isu perobohan gerai-gerai haram yang telah dijadikan isu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian satu Jawatankuasa telah dibentuk.

Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Y.B. Mansor bin Hj. Othman, turut dibantu oleh Y.B. Tuan Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas serta pegawai-pegawai kanan dari semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Hasil dari beberapa siri mesyuarat jawatankuasa ini telah merumuskan tindakan seperti berikut:

1.         Gerai-gerai haram di atas tanah Kerajaan Negeri/persendirian yang boleh     dirobohkan:

            1.1) Gerai yang menerima banyak aduan.

            1.2) Gerai yang didirikan atas tanah dalam cadangan untuk dibangunkan.

            1.3) Gerai yang dalam rundingan untuk penempatan semula.

            1.4 )Gerai yang boleh menjejaskan kesihatan, keselamatan, kebersihan

             dan alam sekitar.

            1.5) Gerai yang beroperasi di sekitar tapak penjaja majlis/kompleks /pasar awam

            1.6) Gerai yang berada 9 meter daripada persimpangan jalan raya

            1.7) Gerai di kawasan sekolah dan hospital

            1.8) Gerai di jalan-jalan protokol

 

2.         Kategori Gerai Yang Boleh Dikompaun

            2.1) Gerai yang tidak mematuhi syarat lesen

            2.2) Gerai yang tidak berlesen

            2.3) Gerai yang menghalang tempat awam

 

           

3.         Kategori Yang Boleh dilesenkan

            Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenalpasti          kawasan yang sesuai untuk dibenarkan aktiviti-aktiviti perniagaan dengan             mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

4.         Kawasan-kawasan Cadangan Penjenamaan Semula (Re branding)

            Pihak Berkuasa Tempatan akan mengemukan profile dan gambar bagi     gerai/kompleks yang boleh dimajukan. Pihak Berkuasa Tempatan akan             mengiklankan semula senarai gerai-gerai yang tidak berdaya maju ini dalam             bulan Mei akan datang. Berikut adalah antara kawasan yang akan dibuat   penjenamaan semula (Re branding) ;

 

            4.1) Jalan Terengganu (Projek Persekutuan)

            4.2) Astaka Gelugor (Projek Persekutuan)

            4.3) Kompleks dan Gerai Bayu Senja, Batu Feringghi

            4.4) Moon Light Bay

            4.5) Gerai di Gelugor

            4.6) Sungai Setar Kechil

            4.7) Gerai di Pekan Penanti

            4.8) Tapak Penjaja Batu Maung

            4.9) Pasar Jelutong

            4.10) Tapak Penjaja Lebuh Cecil

            4.11) Pasar Pulau Tikus

            4.12) Pasar Air Itam

            4.13) Kompleks Taman Pandan

            4.14) Kompleks Taman Bunga Tanjung

            4.15) Kompleks Taman Desa Palma

            4.16) Kompleks Taman Budiman

 

5.         Kawasan-kawasan Untuk Diswastakan

            MPPP

            Komplek Mutiara Heights

            Kompleks Gold Cost

 

MPSP

Seberang Perai Utara

Kompleks Bagan Lallang (Sebelah Acku)

Kompleks Perindustrian Teras Jaya 4

Kompleks Perindustrian Teras Jaya

Kompleks Taman Perkas

Kompleks Taman Iks Sungai Lokan

Kompleks Taman Iks Sungai Lokan 3


Seberang Perai Tengah

 Kompleks Taman Iks Juru 4

             Kompleks Iks Usahajaya 3

             Kompleks Taman Binajaya

             Kompelks Taman Bidara

             Kompleks Taman Permai Jaya

             Kompleks Taman Permata Indah

             Kompleks Taman Jambu

             Kompleks Taman Selesa

             Kompleks Taman Teguh

             Kompleks Makanan Taman Machang Bubuk 2

 

            Seberang Perai Selatan

            Kompleks Taman Nafiri

            Kompleks Taman Jawi Jaya

            Kompleks Taman Seruling Emas

            Kompleks  Taman Serunai    

            Kompleks Taman Murai Jaya

             Kompleks Taman Seruling

 

 6.         Kawasan-kawasan Baru Untuk Dibuka

            Pihak Pejabat Daerah akan mengenalpasti kawasan-kawasan baru untuk dibuka bagi membolehkan lebih banyak kawasan perniagaan dibina dan        seterusnya memberikan peluang kepada pihak peniaga menambahkan pendapatan. Berikut adalah antara kawasan baru yang dicadang untuk dibuka:

                        Daerah Timur Laut  

-                      Tapak Rumah Tsunami Fasa II, Pantai Miami

-                      Batu Feringghi, Sebahagian Lot 4, Seksyen 1.

7.         Mekanisme Penguatkuasaan

            Satu Unit Penguatkuasaan Khas (Task Force) akan diwujudkan yang beribu         pejabat di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.

 

8.         Kawasan-kawasan yang Akan Diambil Tindakan Segera

             Jawatankuasa juga membuat rumusan terdapat kawasan yang akan diambil         tindakan segera oleh MPPP dan MPSP adalah seperti berikut:

             8.1) Kawasan Pelancongan

            8.2) Kawasan yang mengalami gangguan lalu lintas

            8.3) Kawasan Perumahan

            8.4) Kawasan yang banyak aduan orang ramai

            8.5) Struktur baru (kekal dan separa kekal)

           

            Tindakan akan mula diambil pada 1 Mei 2010 untuk merobohkan gerai/struktur     baru di kawasan-kawasan seperti di atas. Bagi binaan haram di tanah-tanah     persendirian akan diberikan notis terlebih dahulu dan tindakan akan diambil    selepas 2 Mei 2010.

 

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN

Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

Sunday, April 11, 2010

Kunjungan dari Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak








7 April 2010, Kunjungan seramai 35 orang dari MPN Perak yang di ketuai oleh Sdr. Mustafa Kamil Ayub selaku Pengerusi Negeri. Beliau juga merupa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Kunjungan dari MPN Perak bertujuan mendengar sendiri taklimat tentang perkembangan Pulau Pinang dari YB Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri 1 dan yang juga merupakan Pengerusi KEADILAN Negeri.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah YB Abdul Malik Kassim dan YB Sim Tze Tzin.

- Posted using BlogPress

Tuesday, April 6, 2010

Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Emas





Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengotakan janji untuk mengiktiraf sumbangan warga emas di negeri ini. Di Penanti sahaja lebih kurang 1500 orang warga emas mendapat pengiktirafan RM 100 setahun sekali. Rata-rata warga emas yang ditemui amat gembira kerana mendapat sumbangan dari Kerajaan Negeri yang selama ini tidak pernah diberi oleh kerajaan terdahulu.

Dalam pada ini kerajaan negeri juga akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM 1000 kepada waris warga emas yang mendaftar tetapi meninggal dunia. Sumbangan ini adalah untuk mengiktiraf jasa anak-anak yang telah berbuat baik kepada ibu bapa mereka.